Ini pandangan Safee Sali mengenai Park Hang-seo, Wan Kuzain, Mats Deijl
Saufi Tahir
Ogos 30, 2024 18:46 MYT
Ogos 30, 2024 18:46 MYT
Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membawa masuk Park Hang Seo disambut baik oleh bekas penyerang negara, Safee Sali, selain menyifatkan dia adalah seorang jurulatih yang berkaliber.
Namun menurutnya, dia berpandangan sekiranya Harimau Malaya ingin melangkah lebih jauh, maka pihak FAM perlu mendapatkan khidmat jurulatih yang lebih berpengalaman memandangkan kancah bola sepak negara semakin berkembang pesat.
"Mungkin dia antara nama yang sesuai dalam kancah bola sepak kita tetapi saya cadangkan jika mahu pergi lebih jauh maka mereka perlukan jurulatih yang lebih berpengalaman dan lebih berkualiti.
"Memandangkan bola sepak dunia kini sangat pantas dan pasukan analisis perlu lebih baik jadi peluang masih terbuka untuk sesiapa.
Kemasukan muka baru iaitu Wan Kuzain dan pertahanan berdarah warisan, Mats Deijl ke dalam skuad Harimau Malaya, Safee berharap kedua-dua mereka mampu mencurahkan sentuhan magis berdasarkan pengalamannya mereka bermain di luar negara.
"Gelombang memanggil pemain warisan ini dimana-mana negara ada masalah sama tetapi ketika ini Wan Kuzain tidak dapat bersama kerana cedera dan Mats pula saya tidak tahu corak permainan dia.
"Saya harap jika dia lebih baik daripada pemain ketika ini dia perlu lebih matang dan mampu hasilkan sesuatu buat pasukan negara." katanya kepada Nadi Arena.