Presiden Palmeiras, Leila Mejdalani Pereira, menolak dakwaan bahawa kelabnya bakal menandatangani bekas pemain Barcelona, Neymar Santos Junior, dalam masa terdekat.

Selama setahun Neymar Jr bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaik ekoran dibelenggu masalah kecergasan yang serius.

Pemain berusia 32 tahun itu sekali lagi mengalami kecederaan ketika perlawanan Al-Hilal menewaskan Esteghlal dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), dua minggu lalu.



Pemain kebangsaan Brazil itu, yang baru sahaja menjalani rehat panjang selama lebih setahun gara-gara kecederaan lutut serius, terpaksa dikeluarkan lebih awal dan kelihatan mengalami kecederaan pinggul.

"Dia (Neymar Jr) tidak akan menyertai Palmeiras. Ini kelab bola sepak bukan syarikat perubatan.

"Saya mahukan seseorang yang bersedia untuk bermain jika diminta oleh jurulatih.

"Saya tidak akan menerima pemain yang tidak cergas untuk bermain," kata Leila.