EPL
Ini kata-kata Rute Cardoso selepas bergelar isteri Diogo Jota 11 hari lalu
Pemain bola sepak Liverpool, Diogo Jota berkongsi mesej yang menyentuh hati kepada isterinya, Rute Cardoso, hanya beberapa hari sebelum dia terbunuh secara tragis dalam kemalangan kereta di Sepanyol.
Berita menyayat hati itu datang hanya 11 hari selepas Jota berkahwin dengan kekasih zaman kanak-kanaknya dalam satu majlis yang meriah di Porto, Portugal, dikelilingi keluarga dan tiga anak mereka.
Dalam apa yang kini dibaca sebagai penghormatan terakhir yang pedih, Jota membalas kiriman dari Cardoso di Instagram, di mana dia meraikan perkahwinan mereka dengan kata-kata, "Impian saya menjadi kenyataan."
Iklan
Pemain berusia 28 tahun itu membalas dengan mesej ringkas namun mengharukan, "Tetapi saya paling bertuah."
Hanya sehari yang lalu, Cardoso menyiarkan video perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen: "Hari yang tidak akan kami lupakan".
Video itu memaparkan pasangan itu bersiap untuk hari besar mereka dan menari sepanjang malam dengan rakan dan keluarga.
Selepas sembilan tahun bercinta, pasangan itu bertunang pada 2022 dan mengikat tali pertunangan tiga tahun kemudian. Mereka dikurniakan tiga anak bersama -- dua lelaki dan seorang perempuan.
Must-Watch Video