Skip to main content

Bola Sepak

Ini hala tuju terkini bekas penjaga gol JDT, Izham Tarmizi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izham.jpg
Daripada pemain ke bidang perniagaan.

Bekas penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan, tampak semakin meninggalkan karier sebagai pemain bola sepak profesional apabila mula menceburi bidang keusahawanan.

Izham yang juga bekas bintang Harimau Muda A kini merupakan Pengarah Urusan sebuah jenama barangan sukan yang memfokuskan kepada penghasilan dan pemasaran sarung tangan penjaga gol berkualiti tinggi.

"Sebelum ini, mereka pernah menaja saya pada 2015. Dan sekarang sudah 10 tahun bersama.

"Dalam masa sama, saya memang mengidamkan satu perniagaan berkenaan bola sepak," katanya ketika ditemui di Sendayan, Negeri Sembilan.

Dia merupakan pelopor kepada jenama barangan sukan dari Indonesia itu sebelum penjaga gol utama Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi, dilantik sebagai duta utama.

Selain Syihan, tiga lagi bintang berprofil tinggi Liga Malaysia (Liga-M) iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Syed Nasrulhaq Syed Bidin dan Rahadiazli Rahalim turut dilantik menjadi duta.

Izham antara 11 pemain yang dilepaskan skuad Harimau Selatan menjelang Liga Super musim 2025/26 selepas sedekad menabur bakti bersama kelab gergasi bola sepak tanah air itu.

Sama ada kekal beraksi bersama pasukan lain atau bersara, penjaga gol berusia 34 tahun ini akan membuat keputusan dalam masa terdekat termasuk menceburi bidang kejurulatihan.

"Saya belum memutuskan apa-apa lagi mengenai karier, kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya faham untuk pemain berusia 34 tahun memang agak susah untuk beraksi lebih-lebih lagi dalam posisi ini (penjaga gol). 

"Saya mahu menggalakkan penjaga gol di Malaysia berkenaan situasi ketika ada dan tiada penaja," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video