Skip to main content

Bola Sepak

Ini bukan skuad kedua kami -- Jurulatih Cape Verde

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capaa.jpg
Jurulatih Cape Verde, Pedro Brito, menafikan dia mempertaruhkan skuad keduanya dalam perlawanan persahabatan berdepan Harimau Malaya yang berakhir dengan keputusan 1-1 meskipun menurunkan 12 muka baru dalam pasukannya kali ini.

Malah, dia turut tidak terkejut dengan prestasi yang dipamerkan anak buah Peter Cklamovski di atas padang walau terdapat perbezaan daripada aspek jurang ranking antara kedua-dua pasukan.

Untuk rekod, pasukan daripada Benua Afrika itu kini menduduki ranking ke-72 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-131 dunia.

"Kedua-dua pasukan ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi bagi kami ianya okay kerana dalam aksi ini, ada 12 pemain baru yang pertama kali bermain untuk Cape Verde.

"Banyak pemain baru yang tidak pernah beraksi bersama, jadi ia okay. Ia bukan pasukan kedua kami, kami tiada pasukan pertama kedua atau ketiga tetapi kami hanya ada pasukan kebangsaan.

"Dalam aksi persahabatan ini, ia peluang buat pemain kami untuk beraksi dan mereka ada kualiti meski beraksi pertama kali buat skuad kebangsaan.

"Kami tidak terkejut dengan skuad Malaysia tanpa mengira ranking, dalam bola sepak ranking tidak penting." katanya.

Perlawanan persahabatan semalam berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Cheras.

Advertisement

Must Watch Video