Skip to main content

Bola Sepak

Ini barisan IIC siasat kes FAM, tujuh pemain warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC), Tun Md Raus Bin Sharif, yang dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai ahli-ahli jawatankuasa siasatan bebas membabitkan tujuh pemain warisan negara.

Selepas mesyuarat pertama yang berlangsung hari ini, Tun Raus, memaklumkan seramai tiga individu telah dilantik bagi membantu siasatan dan penelitian itu.


Antaranya adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Bin Md Said, bekas Pengarah Besar MAMPU,  Datuk Seri Dr. Yusof Bin Ismail, selain Dato’ Thavalingam C. Thavarajah yang akan bertindak selaku setiausaha badan bebas itu.

"Bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan, kemudahan pentadbiran dan bantuan sekretariat akan disediakan oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (Peguamcara & Peguambela).

"IIC telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan siasatan serta menyediakan laporan kepada FAM dalam tempoh enam minggu.

"Keempat-empat ahli jawatankuasa IIC tidak akan menerima sebarang bentuk imbuhan dalam melaksanakan tugas mereka." kongsinya.

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan Tindakan terhadap FAM dan tujuh pemain warisan negara  selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain terbabit ialah Machuca, Facundo Garces, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero dan Rodrigo Holgado.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video