Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya

Ammar Hakim
Julai 16, 2024 11:08 MYT
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Paling jelas sekali, berjaya membawa Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia secara merit.
Ia berjaya dilakar Pan Gon hanya kira-kira lima bulan selepas dilantik sebagai pengendali baharu Harimau Malaya pada Januari tahun 2022.
Sepanjang bekas jurulatih skuad Hong Kong itu membimbing Harimau Malaya, dia merekodkan 20 kemenangan, dalam 34 aksi antarabangsa.
Kemenangan paling dramatik ketika Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan 1-3 untuk mengatasi pasukan ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 16 November lalu.
Magis Pan Gon diteruskan dengan Harimau Malaya menewaskan Taiwan 1-0 dalam aksi kedua, Selasa lalu yang mana melakar satu lagi sejarah baharu kerana ia kemenangan pertama Harimau Malaya berdepan pasukan itu di Taipei.
Selain itu, beberapa keputusan positif lain turut diraih anak buah Pan Gon ketika berdepan pasukan di kelompok 100 dunia termasuk bangkit mengikat pasukan di tangga 92 dunia, Syria 2-2 dan seri 1-1 dengan China (79) di gelanggang lawan.
Malah, Harimau Malaya yang berada di ranking ke-135 dunia berjaya mengatasi pasukan di ranking 102 dunia, India 4-2 dalam aksi Pestabola Merdeka, bulan lalu.
Malaysia menghuni ranking ke-154 dunia ketika Pan Gon mula mengambil alih pasukan pada Januari 2022 dan Harimau Malaya ketika ini berada di kedudukan 137 dunia.

Time to say goodbye - Kelana Jaya

— FinaNasrom (@fnasrom) July 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Harimau Malaya #Kim Pan-gon
;