Skip to main content

Bola Sepak

Ingatkan khabar angin sahaja, pengendali kelab America de Cali terkejut Rodrigo Holgado bakal sertai Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrigo-holgado.jpg
Perkhabaran Rodrigo Holgado menyertai Harimau Malaya mengejutkan pengendali kelab America de Cali, Jorge da Silva.

Penyerang Argentina itu bakal menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya dalam masa terdekat ini bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027. 

Menerusi sidang media pra-perlawanan, Da Silva mengakui tidak menjangkakan dengan berita tersebut.

“Kami memang terkejut (dengan berita panggilan Harimau Malaya yang diterima) Holgado,” katanya.

“Pada awalnya, bila saya mendengarnya, saya ingat itu cuma khabar angin. Kemudian, saya bercakap dengan beliau dan dokumen rasmi (panggilan skuad kebangsaan) tiba di kelab.”
 

Jurulatih Uruguay itu tidak tahu sama ada proses dokumentasi Holgado sudah lengkap atau tidak. Pada masa sama, da Silva memaklumkan kelab akan memberi kerjasama apabila pemain dipanggil untuk tugasan antarabangsa.

“Saya tak tahu jika semua proses dokumentasi sudah lengkap untuk saya ulas sekarang atau sebaliknya,” ujarnya.

“Apabila pemain dipanggil untuk tugasan antarabangsa FIFA, menjadi kewajipan kelab untuk melepaskan pemain tersebut. Kelab dan jurulatih tidak boleh berbuat apa-apa.”

Sekiranya proses dokumentasi berjalan lancar, Holgado bakal menjadi pemain Malaysia terbaru yang berpangkalan di luar negara menyertai Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video