Info Siaran Langsung: Latihan JDT menjelang final Piala Malaysia

Muzaffar Musa
Disember 7, 2023 09:36 MYT
Saingan bola sepak Malaysia bakal melabuhkan tirai dengan perlawanan yang dinanti-nantikan, iaitu final Piala Malaysia 2023 melibatkan pertemuan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Ketika JDT melihat peluang untuk mempertahankan kejuaraan dan menyapu bersih kesemua gelaran musim ini, Terengganu pula membawa misi untuk menamatkan kemarau 22 tahun.
Saksikan Nadi Bola Latihan Pasukan JDT pada Khamis, 7 Disember, jam 7.00 petang hanya di Astro Arena saluran 801 & YouTube Astro Arena.
#bola sepak #Piala Malaysia #Terengganu FC #Johor Darul Ta'zim FC