BOLA SEPAK MSIA
Indra Putra kembali sarung jersi Harimau Malaya
Legenda hidup bola sepak negara, Indra Putra Mahayuddin, akan kembali menyarung jersi Harimau Malaya dalam Kejohanan Bolasepak 7's Asia di Shah Alam bermula esok.
Indera Putera, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 105 gol, akan bergandingan dengan beberapa bekas nama besar bola sepak negara seperti Manaf Mamat, Razman Roslan, Amer Saidin, Adib Aizudin Abdul Latif dan Fandi Othman.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama naib juara edisi lalu, India, selain Filipina dan Hoong Kong.
Iklan
Dalam pada itu, pasukan pilihan utama, Jepun, diundi dalam Kumpulan A bersama Brunei, Singapura dan Vietnam.
Indra Putra kembali sarung jersi negara! Penjaring terbanyak sepanjang zaman itu akan bawa nama Malaysia dalam kejohanan 7s Asia yang diadakan di EV Elmina bermula Khamis ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/Br6ebUH1In— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 8, 2024
Must-Watch Video