Skip to main content

Bola Sepak

Indonesia sahkan dua aksi persahabatan dengan pasukan Asia Barat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia.jpg
Indonesia akan mengadakan dua aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan dari Asia Barat, iaitu Kuwait dan Lubnan, bulan depan.

Menjelang pusingan keempat kelayakan Piala Dunia pada Oktober depan, skuad Garuda itu kelihatan serius merangka persiapan terbaik, khususnya berdepan pasukan dari Rantau Arab memandangkan mereka akan berdepan Arab Saudi dan Iraq.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan bahawa mereka akan bertemu pasukan di ranking ke-138 dunia, Kuwait, pada 5 September ini sebelum bertemu pasukan ke-112 dunia, Lubnan, tiga hari kemudian dengan kedua-dua perlawanan itu akan dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.
 
Adidas Shoes

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda

Dengan kasut bola Adidas, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.


Level Up Game Anda

Advertisement

Must Watch Video