Skip to main content

Bola Sepak

India tolak permohonan Xavi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xavi.jpg
Persekutuan Bolasepak India (AIFF) menerima kecaman hebat daripada penyokong di negara itu kerana melepaskan peluang untuk melantik bekas pengurus Barcelona, Xavi Hernandez. 

Bekas pemain tengah Sepanyol itu telah menghantar borang permohonan untuk jawatan sebagai ketua jurulatih di negara itu, namun hasrat berkenaan ditolak mentah-mentah. 

Kekangan kewangan menjadi faktor badan induk itu sukar merealisasikan peluang tersebut. 

Seorang jurucakap AIFF berkata: "Xavi adalah salah seorang pemain tengah terhebat sepanjang zaman, orang ramai sentiasa bercakap tentangnya, Messi dan (Andres) Iniesta apabila berkaitan dengan Barcelona. 

Bekas jurulatih, Stephen Constantine, termasuk bekas tonggak Liverpool, Harry Kewell, Steve Kean (bekas pengurus Blackbrun) dan beberapa jurulatih kancah tempatan turut dalam pertimbangan badan induk itu. 

 

Advertisement

Must Watch Video