Skip to main content

Bola Sepak

Import gred 'A' hanya pilih Selangor, JDT, TFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-2024.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC (TFC) antara pasukan yang menjadi pilihan pemain import berkualiti untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully berkata, kesemua pasukan itu mempunyai sumber kewangan yang kukuh, memiliki fasiliti terbaik selain menjaga kebajikan pemain dengan baik.

“Pasukan-pasukan ini sentiasa menjadi sasaran pemain import yang berkualiti kerana mempunyai kewangan yang stabil dan pelbagai kelebihan yang mereka miliki.

“Walaupun jurang antara Selangor dan TFC itu agak jauh, namun setiap tahun mereka cuba bersaing dan kita nampak import atau pemain tempatan yang bagus mahu bermain dengan mereka. Ini satu perkembangan yang bagus dan secara tidak langsung meningkatkan taraf liga kita juga di mata dunia," katanya kepada Sukan Sinar.

Bagaimanapun, ranking Liga-M agak teruk apabila berada di kedudukan ke-87 dunia mengikut data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).

Namun, beliau menegaskan pasukan lain perlu meningkatkan kualiti mereka terutama memperbaiki pengurusan kewangan agar dapat menyaingi JDT, Selangor dan TFC.

Menurutnya, kehadiran pemain import berkualiti juga menjadi satu elemen positif apabila pemain tempatan perlu memastikan mereka berada pada kualiti tersendiri untuk mencabar import.

“Pasukan lain perlu bergerak pantas untuk cuba bersaing kerana mereka juga akan menentukan kedudukan rating kita di peringkat antarabangsa.

“Jika masih ada masalah tunggakan gaji dan kebajikan pemain tidak terjaga, ia akan memberikan kesan besar kepada liga kita.

“Ambil setakat yang termampu. Usah bebankan pasukan dengan nafsu berbelanja itu,” katanya.-Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video