Import baru Selangor langkah kanan dalam kempen pramusim
Saufi Tahir
April 18, 2024 16:12 MYT
April 18, 2024 16:12 MYT
Pasukan Selangor FC memulakan langkah kanan dalam perlawanan pra-musim selepas berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 berdepan Negeri Sembilan, di Pusat Latihan SFC, semalam.
Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh pemain import baru berusia 29 tahun, Alvin Fortes, yang baru masuk pada musim ini bagi memperkuatkan jentera serangan The Red Giants bagi menghadapi saingan di pentas Asia dan Liga Super Malaysia 2024/2025.
FT | SEL 1-0 NSE Berikut adalah keputusan penuh perlawanan persahabatan pra-musim di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Pusat Latihan SFC sebentar tadi. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Alvin Fortes pada awal separuh masa pertama. Perlawanan… pic.twitter.com/NGIRzBLnNv
— Selangor FC (@selangorfc) April 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selangor bakal bertandang ke Ipoh,Perak bagi menghadapi perlawanan persahabatan kedua dalam sesi pra-musim pada Sabtu ini.