Skip to main content

Bola Sepak

Impian Isak ke Liverpool jadi kenyataan, Martinez perkuat Manchester United?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marti.jpg
Pemain kebangsaan Sweden, Alexander Isak, difahamkan akan menyertai Liverpool dari Newcastle dengan perpindahan bernilai £130 juta (RM788.6 juta) dan kontrak selama enam tahun.

Mengikut wartawan terkemuka dunia, Fabrizio Romano, berkongsikan: "Isak ke Liverpool dengan rekod perpindahan paling tinggi di Liga Perdana Inggeris.

"Isak hari ini dalam perjalanan untuk ujian kecergasan. Hanya Liverpool untuk Isak." katanya.

Terdahulu, pemain berusia 25 tahun itu memberikan kenyataan seakan majikan memungkiri janji susulan keinginannya untuk berpindah keluar hingga menimbulkan kekeliruan penyokong mengenai statusnya.

"Walaupun mereka tahu perkara itu tetapi tidak menggambarkan apa yang sebenarnya diperkatakan dan telah dipersetujui secara tertutup.


   


"Realitinya janji telah dibuat dan kelab sudah lama mengetahui kedudukan saya. Untuk mendakwa sekarang bahawa isu-isu perkara baru sangat mengelirukan. Apabila janji dimungkiri dan kepercayaan hilang, Kerjasama tidak boleh diteruskan." katanya sebelum ini.

Untuk rekod, Isak merupakan penjaring kedua terbanyak - dibelakang Mohamed Salah dengan 29 jaringan- dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan 23 gol.

Dalam pada itu, penjaga gawang Aston Villa, Emiliano Martinez, turut dikaitkan bakal menyertai Manchester United pada hari terakhir jendela perpindahan hari ini.


Pemain berusia 32 tahun itu hanya beraksi sekali dalam tiga perlawanan Villa di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26. 

Kehadiran Martinez semestinya penting buat United yang bolos dengan 86 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video