Lazio bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Torino, untuk seketika berada di atas Juve kendalian Maurizio Sarri.
Immobile menjadi kunci kebangkitan itu dengan menjaringkan golnya yang ke-29 dalam saingan liga, sekali gus memadamkan jaringan awal Andrea Belotti pada minit ke-48.
Sepakan leretnya daripada sisi kiri padang tepat menuju ke penjuru bawah kanan gawang lawan untuk menyamai rekod yang diciptanya dalam musim 2017-18.
29 - Ciro Immobile equaled the goals record (29) in a single #SerieA season for a Lazio player, that was of the same Immobile in 2017/18. Repetitive.
— OptaPaolo (@OptaPaolo) June 30, 2020
Satu-satunya pemain yang pernah menjaringkan lebih banyak gol daripada jumlah itu selepas 29 perlawanan Serie A adalah Antonio Angelillo, yang merekodkan 31 jaringan dalam musim 1958-59.
Immobile, yang merupakan pemain kebangsaan Itali, kemudian membantu Marco Parolo menjaringkan gol kemenangan untuk Lazio kekal memberikan tekanan buat Juventus -- yang turut mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Genoa dalam satu lagi perlawanan.