Skip to main content

Bola Sepak

Imigresen sambar bekas muka tetap Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen-calon-pemain.png
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2025-26.

The Mighty Tigers layak ke Liga Super selepas muncul naib juara Liga A1 Semipro musim lalu.

Sedar saingan Liga Super akan menghidangkan cabaran berbeza, pasukan itu difahamkan sedang berusaha membawa masuk pemain tempatan berprofil tinggi.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Imigresen ketika ini difahamkan sudah selesai mengadakan perbincangan dengan Syafiq Ahmad, Azam Azih, Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Fayadh Zulkifli dan Fazly Mazlan.
 

Advertisement

Must Watch Video