Skip to main content

Bola Sepak

Ilkay Gundogan teruja berdepan tiga tonggak Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gundogan.jpg
Ilkay Gundogan mahu memanfaatkan peluangnya menyertai Barcelona dengan mencipta rangkaian hebat di samping tiga pemain idamannya.

Muka baru di Camp Nou tidak sabar-sabar lagi untuk bersemuka dengan rakan sepasukannya sejak meninggalkan Manchester City sebaik membantu mereka menggondol kejuaraan 'treble' musim lalu.

"Marc Ter Stegen, Robert Lewandowski dan Pedri," katanya kepada laman sesawang kelab mengenai pemain yang paling diminatinya di kelab itu ketika ini. 
Gundogan dan Ter Stegen merupakan rakan di dalam kem pasukan kebangsaan Jerman dalam dua edisi Piala Dunia yang lalu dan yang terbaru dalam kekalahan 0-2 kepada Colombia pada bulan lalu. 

Gandingan Gundogan dan Lewandowski bukanlah asing lagi apabila sama-sama pernah mengukir nama di Dortmund di antara 2011 dan 2014. 

Dia bermain 74 perlawanan di samping Lewandowski dengan purata kemenangan setinggi 64.4 peratus tetapi paling mengujakannya ialah prospek membentuk gandingan jitu bersama bintang muda, Pedri, di bahagian tengah demi merealisasikan cita-cita tinggi kelab Catalan itu. 

Advertisement

Must Watch Video