Skip to main content

Bola Sepak

Ilkay Gundogan pencetus inspirasi Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ilkay-gundogan.jpg
Pengarah Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain, memberi penghormatan kepada inspirasi yang pernah dicetuskan oleh Ilkay Gundogan yang dijangka menyertai Barcelona secara percuma. 

Ketua pasukan yang memenangi kejuaraan 'treble' itu menolak peluang untuk kekal di City dan bersedia menandatangani kontrak dengan Barca.

Gundogan, yang merupakan pembelian pertama pengurus, Pep Guardiola, pada Julai 2016 bertindak meninggalkan kelab itu dengan bergaya selepas membantu mereka menjulang Liga Juara-Juara (UCL) awal bulan ini menerusi kemenangan ke atas Inter Milan dalam penampilan ke-304 dan terakhirnya.

“Ilkay telah menjadi pemain hebat untuk Manchester City dan dia meninggalkan kelab kami di tahap yang sangat istimewa setelah mengetuai kami untuk merangkul treble yang bersejarah,” kata Begiristain.

 

“Dia telah memainkan peranan yang besar dalam kejayaan yang kami nikmati pada musim-musim kebelakangan ini melalui kecerdasan, kepimpinan dan komitmennya, baik di dalam mahupun di luar padang yang telah menjadi inspirasi kepada semua orang.

“Ilkay benar-benar mengukuhkan kedudukannya dalam sejarah Manchester City dan kami semua mendoakan semoga berjaya dalam bab seterusnya dalam kariernya.”

Advertisement

Must Watch Video