Skip to main content

Bola Sepak

Ighalo ucap selamat tinggal kepada Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

odion-ighalo.jpg
Odion Ighalo memberikan ucapan selamat tinggal paling beremosi buat Manchester United selepas "impian hidupnya" untuk mewakili skuad The Red Devils itu berakhir.

Penyerang itu ditandatangani United secara pinjaman daripada Shanghai Shenhua pada Februari tahun lalu dengan kesepakatan awal sehingga penghujung musim 2019-20.

Pemain berusia 31 tahun itu melalui beberapa bulan awal yang produktif di Old Trafford sebagai penyerang alternatif buat Marcus Rashford dan Anthony Martial dengan menghasilkan lima gol dan dua bantuan sepanjang 19 penampilan dalam kesemua kejohanan.

United merekodkan 13 kemenangan, empat seri dan dua kekalahan sepanjang diwakili Ighalo musim lalu di mana skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu mempamerkan aksi kukuh sepanjang separuh kedua musim berkenaan untuk menamatkan liga di tangga ketiga dan mara ke separuh akhir Piala FA dan Liga Europa.

Disebabkan musim itu ditunda seketika berikutan pandemik koronavirus, tempoh pinjaman Ighalo dipanjangkan sehingga Januari tahun ini tetapi kemasukan Edinson Cavani melalui perpindahan percuma mengecilkan peluang penyerang Nigeria itu di mana dia hanya beraksi sebanyak empat kali bagi musim 2020-21.

Bagaimanapun, dia masih berterima kasih kepada pengurusnya, Solskjaer, kerana memberikannya "penghormatan" untuk menyarung jersi United.
 
"Amat sukar untuk melihat impian ini berakhir," tulis Ighalo.

"Tetapi saya bersyukur kepada tuhan kerana membantu saya memenuhi impian hidup saya menyarung jersi Manchester United sebagai pemain dan mewakili kelab yang hebat ini. Ia sememangnya satu penghormatan yang akan saya raikan dan bersyukur untuknya.

"Kepada pengurus, saya mengucapkan terima kasih kerana mempercayai saya ketika ramai yang tidak. Buat rakan sepasukan saya yang luar biasa, saya akan merindui anda semua. Ia sentiasa seronok dan saya sentiasa tidak sabar untuk berlatih dan meluangkan masa bersama anda semua dan saya mendoakan agar kita memenangi liga dan Piala FA musim ini.

"Kepada penyokong terbaik di dunia (penyokong Manchester United), kami amat merindui anda tetapi kami sentiasa mendengar suara anda menyorak untuk kami dari jauh. Kami tidak sabar untuk menantikan anda semua kembali ke tempat duduk anda.

"Saya masih dan akan kekal menjadi penyokong Manchester United sampai bila-bila. 'Once a Red, always a Red'."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video