Odion Ighalo bertegas dia tidak menghiraukan sesiapa yang meragui kemampuannya untuk menyarung jersi Manchester United selepas meledakkan dua gol sekali gus mengesahkan tiket suku akhir Piala FA.
Penyerang itu dipinjamkan kepada United sehingga akhir musim ini sejak hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu daripada kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua.
Tindakan United mendapatkan khidmat penggempur itu untuk memainkan peranan selaku pengganti Anthony Martial dan marcus Rashford mengundang banyak kritikan selepas melepaskan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez ke Inter Milan, sebelum itu.
Bagaimanapun, Ighalo membalas kritikan itu dengan bergaya, menyumbat tiga gol dalam dua penampilan dalam kesebelasan utama bersama United.
Selepas meledakkan satu gol ketika kemenangan 5-0 ke atas Club Brugge dalam saingan Liga Europa, minggu lalu, Ighalo menambah dua lagi jaringan sewaktu berdepan Derby County sekali gus membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu menang 3-0, awal pagi tadi.
"Pertama sekali, saya gembira dengan jaringan yang diraih," katanya.
"Selagi rakan sepasukan dan pengurus memberi kepercayaan, saya hanya perlu terus berusaha. Saya tidak hirau apa orang ramai katakan."
United meraih pendahuluan susulan rembatan voli Luke Shaw yang melantun masuk selepas terkena Jesse Lingard dan memerangkap penjaga gol, Kelle Roos.
Sebelum ini, bek kiri itu hanya meledakkan satu gol buat kelab dan dia tidak mahu Lingard meraih kredit mengenai jaringan awal pagi tadi.
"Saya mahukannya. Tiada peluang, dia tidak boleh letak namanya," ujar Shaw.
"Saya fikir bola itu terpusing kerana saya tidak menendang dengan kuat tetapi dia tidak boleh meletakkan nama selaku penjaring gol.
"Saya sangat gembira. Paling penting adalah kemenangan dan tidak dibolosi. Diharapkan, lebih banyak jaringan dapat saya hasilkan selepas ini."