Skip to main content

Bola Sepak

Iggy Houben sedia wakili Harimau Malaya, suka makan nasi lemak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iggy.jpg
Iggy Houben yang sedang berkelana di liga divisyen dua Belanda mengakui mempunyai darah campuran Malaysia selain dikenal pasti sebagai pemain warisan negara.

Pemain yang sedang menempa nama bersama Jong PSV itu menegaskan bahawa neneknya dilahirkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, seperti yang dilaporkan oleh frturetalents menerusi laman Instagramnya.

 
"Saya harap dengan berkat sokongan saya mempunyai peluang untuk mewakili Malaysia satu hari nanti.

"Makanan kegemaran saya adalah nasi lemak" ujarnya.

Pemain berusia 20 tahun itu pernah beraksi bersama Belanda B-19 pada tahun 2022 sambil berkongsi terhadap pasukan kegemerannya, PSV Eindhoven.
 

Advertisement

Must Watch Video