Skip to main content

Bola Sepak

Ifedayo Olusegun tercabar sentuhan pemusnah Bergson Da Silva

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifedayo.jpg
Penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun, enggan cepat mengalah dalam usaha mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Super walaupun sudah mendapat ancaman daripada penyerang baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva.

Sebaliknya, Ifedayo tetap bersemangat dengan menjadikan kehadiran Bergson sebagai motivasi untuk terus mengekalkan statusnya itu selain turut membantu Red Giants ke tahap lebih baik musim ini.

"Saya ada menonton permainannya selain pernah berdepan dengannya.

"Dia sangat berbakat, seorang pemain super.

"Persaingan adalah bagus kerana ia boleh menjadi dorongan kepada saya.

"Bayangkan kalau saya adalah penjaring terbanyak dengan lima gol setakat ini, pastinya saya ingin menokok jaringan lagi.

"Saya tidak terancam dengan kehadirannya. Dia boleh menjadi sumber motivasi," katanya dalam lanjut bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. 

 

Hello, Bandaraya Bersejarah! ?? ?️: Stadium Hang Jebat ?️: 18 April 2021 (Ahad) ?: 10:00 Malam ⚔️: Melaka United...

Posted by Selangor FC on Monday, April 12, 2021


Ifedayo optimis skuad bimbingan Karlsten Neitzel itu semakin berkembang di sebalik melalui perjalanan berliku sepanjang lapan perlawanan yang menyaksikan mereka mengumpul 11 mata dengan tiga kemenangan. 

"Kami semakin meningkat dalam banyak aspek.

"Kadangkala perkara baik mengambil masa, saya juga perlu mencari ruang untuk menjaringkan gol."

 

? JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS9 Saksikan siaran langsung perlawanan PJ City FC lwn Penang FC di TV1 dan Sukan...

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, April 14, 2021

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video