Ifedayo masih relevan

Najmi Iman
April 28, 2024 16:46 MYT
Bekas penyerang Selangor dan Melaka United, Ifedayo Olusegun, mengakui bahawa usia bukanlah penghalang untuknya menjadi penyerang berbisa pada saingan Liga kali ini.
Penyerang kelahiran Nigeria itu bersedia menggalas tugas sebagai penggempur utama pasukan PDRM sambil dibantu oleh beberapa pemain seperti Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri.

Ada yang kata Ifedayo dah tak relevan Di usia 33 tahun, Ifedayo masih boleh ‘cari makan’ di Liga Super Rekod jaringan / penampilannya antara yang terbaik Sejauh mana Ifedayo mampu bawa cabaran PDRM musim ini ? Btw, malam tadi Ifedayo score 2 gol vs KL City@ASTROARENA pic.twitter.com/WVT0yxvhU1

— karlnunis (@_karlnunis) April 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tonggak import terbaru PDRM itu telah menjaringkan dua gol pada perlawanan pramusim bertemu Kuala Lumpur City (KL City), di Stadium Selayang, semalam.
Sebagai rekod, pemain itu telah dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak pada tahun 2020 dengan menjaringkan sebanyak 12 gol.
#bola sepak #PDRM #Ifedayo Olusegun
;