LIGA SUPER MSIA
Ifedayo masih relevan
Bekas penyerang Selangor dan Melaka United, Ifedayo Olusegun, mengakui bahawa usia bukanlah penghalang untuknya menjadi penyerang berbisa pada saingan Liga kali ini.
Penyerang kelahiran Nigeria itu bersedia menggalas tugas sebagai penggempur utama pasukan PDRM sambil dibantu oleh beberapa pemain seperti Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri.
Tonggak import terbaru PDRM itu telah menjaringkan dua gol pada perlawanan pramusim bertemu Kuala Lumpur City (KL City), di Stadium Selayang, semalam.Ada yang kata Ifedayo dah tak relevanDi usia 33 tahun, Ifedayo masih boleh ‘cari makan’ di Liga SuperRekod jaringan / penampilannya antara yang terbaikSejauh mana Ifedayo mampu bawa cabaran PDRM musim ini ?Btw, malam tadi Ifedayo score 2 gol vs KL City@ASTROARENA pic.twitter.com/WVT0yxvhU1— karlnunis (@_karlnunis) April 28, 2024
Sebagai rekod, pemain itu telah dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak pada tahun 2020 dengan menjaringkan sebanyak 12 gol.
Must-Watch Video