ACLE

Identiti bintang baru JDT, bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo bocor?

Saufi Tahir 03/02/2025 | 23:43 MYT
Bekas pemain Al-Nassr, Alvaro Gonzalez, dikhabarkan bakal memperkuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tular di media sosial.
Ini susulan gambar pemain berusia 35 tahun itu tersebar dengan dilihat sedang memakai jersi Harimau Selatan di bilik persalinan kelab itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, masih tiada pengesahan mengenai status pemain pertahanan itu daripada JDT selepas dikaitkan dengan juara Liga Super 10 tahun berturut-turut itu.
Untuk rekod, kini ini skuad kendalian Hector Bidolgio itu berada di kedudukan keenam dalam carta liga ACLE dengan lapan mata dengan misi untuk mara ke pusingan seterusnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
JDT bakal membuat perhitungan berdepan lawan dari Australia, Central Coast, Selasa depan.
Khidmat pemain kelahiran Sepanyol itu semestinya bakal menjadi 'tonik tambahan' buat jentera pertahanan JDT dengan pengalamanya pernah beraksi di Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan sepanjang 451 perlawanan dalam semua kejohanan menyaksikan dia telah mengumpul 10 gol dan 12 bantuan jaringan.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Alvaro Gonzalez #Al-Nassr #ACLE
;