Mauro Icardi akan terlepas perlawanan Inter Milan menentang Crotone di laman sendiri awal pagi esok akibat kecederaan tetapi pemain baru, Rafinha, dijangka boleh sekurang-kurangnya 'memainkan peranan', demikian menurut jurulatih, Luciano Spalletti.
Icardi tampil sebagai pemain cemerlang dalam Serie A musim ini dan dilihat berada di landasan tepat untuk mengatasi rekod jaringan peribadi terbaiknya, 24 gol liga dalam satu-satu kempen, setelah meraih 18 gol dalam 22 perlawanan setakat ini.
Tetapi pemain kelahiran Argentina itu perlu berada di luar dalam kunjungan skuad yang sedang bergelut, Crotone, ke San Siro akibat masalah otot.
Pemain pinjaman dari Bayern Munich, Rafinha, tidak menghadapi sebarang masalah dan tonggak kelahiran Brazil itu akan beraksi selepas membuat penampilan pertamanya dari bangku simpanan selama seminit ketika seri 1-1 menentang SPAL, Ahad lalu.
"Icardi tidak bersedia," kata Spalletti kepada wartawan dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Dia mahu bermain tetapi ini tidak mungkin. Dia mempunyai masalah otot dan kami fikir ia adalah keputusan terbaik tidak membahayakannya.
"(Pemain muda Belgium, Xian) Emmers akan dipanggil bermain. Dengan perubahan ini, kami akan terlepas Capocannoniere tetapi Eder akan mengambil tempatnya," tambahnya merujuk kepada status Icardi sebagai pencabar untuk gelaran penjaring terbanyak Serie A musim ini.
"Dia (Eder) boleh mencipta ruang dan bergandingan baik di bahagian tengah. Esok (awal pagi nanti) akan ada pemain yang berada di dalam kotak untuk menyudahkannya. Mungkin ada dua atau tiga pemain yang kita tidak jangka.
"Rafinha pasti akan memainkan peranan dalam perlawanan nanti. Rafinha adalah pemain berkualiti tinggi."