Skip to main content

Bola Sepak

Icardi sedia bergandingan dengan Di Maria di Inter

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-maria.jpg
Mauro Icardi memuji kualiti yang dimiliki bintang Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria, yang semakin hangat dikaitkan dengan Inter Milan. 

Di Maria muncul dalam perancangan kelab Serie A itu sekiranya Ivan Perisic meninggalkan Inter untuk ke Manchester United.

Pengarah Inter, Piero Ausilio, menolak khabar angin itu kerana menganggap tangga gaji pemain Argentina berusia 29 tahun itu terlalu tinggi, begitupun Icardi selaku ketua pasukan mengalu-alukan kehadiran rakan senegaranya itu. 

"Semua orang mengenalinya, dia mempunyai kualiti hebat," kata Icardi menerusi temubual dalam laman sosial Facebook Inter. 

"Kita akan lihat jika khabar angin itu betul..."

Di Maria menghabiskan dua musim lalu di PSG dengan merakamkan 16 gol dalam saingan Ligue 1.

 

Advertisement

Must Watch Video