Kylian Mbappe masih belum bersetuju dengan kontrak baru di Paris Saint-Germain (PSG) atau mana-mana kelab lain, menurut ibu bintang Perancis itu.
Kontrak penyerang itu di ibu negara Perancis berkenaan akan berakhir bulan depan maka tidak hairanlah pemain berusia 23 tahun tersebut makin hangat dikaitkan dengan perpindahan ke finalis Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, Real Madrid.
Mbappe telah menyumbat 35 gol selain menghasilkan 19 bantuan jaringan untuk menjadi watal paling penting buat pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu mendominasi Ligue 1 musim ini tetapi gagal mengatasi Madrid dalam saingan UCL Mac lalu.
Akhbar Perancis, Le Parisien, di laman sesawangnya melaporkan Mbappe secara dasarnya hampir mencapai persetujuan untuk melanjutkan perjanjiannya di Paris hingga Jun 2024.
Ibu merangkap ejen kepada pemenang Piala Dunia 2018 itu, Fayza Lamary, kemudiannya menolak cadangan bahawa penyerang tersebut telah memuktamadkan masa depannya.
“Tiada perjanjian secara prinsip dengan PSG (atau mana-mana kelab lain),” tulisnya di Twitter.
"Perbincangan mengenai masa depan Kylian diteruskan dalam iklim yang sangat tenang untuk membolehkannya membuat pilihan terbaik sambil menghormati semua pihak."

? @KMbappe, who scored two against Strasbourg, remains in first place not only in the top scorers chart but also top with the most assists in Ligue 1! ?⚽️https://t.co/DNMgG1ex5Z pic.twitter.com/PnB4j9QOjm
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) May 4, 2022