Skip to main content

Bola Sepak

Ibu Balotelli menangis anaknya sertai Brescia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

balotelli.jpg
Mario Balotelli berkata ibunya menangis sewaktu mendapat tahu dia menandatangani kontrak bersama kelab kelahirannya itu.

Balotelli yang menjadi pemain ejen bebas setelah meninggalkan kelab Ligue 1, Marseille, bersetuju dengan kontrak yang tidak didedahkan untuk menyertai Brescia.

Situasi itu bermakna bekas penyerang Inter Milan dan AC Milan itu kembali beraksi di Itali selepas kali terakhir pada 2016.

Menyertai Nice dan Marseille telah membina semula karier penggempur itu dan dia mendedahkan ibunya gembira dengan perpindahan terbaru itu.

"Pada mulanya, dia menangis. Dia terlalu gembira," katanya.

"Bapa saya berasal dari Brescia, dia sentiasa di sini dan menjadi satu impian untuk melihat saya di sini.

"Saya memilih Brescia tanpa berfikir panjang apabila menerima tawaran. Brescia memberikan saya segalanya, ia sebuah pasukan dalam bandar saya dan saya akan berikan mereka lebih daripada yang lain."
 

Advertisement

Must Watch Video