Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ibrahimovic tidak perlu berhenti di gol ke-500 -- Pioli

ibrahimovic.jpg
Ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli, berkata bintang veteran, Zlatan Ibrahimovic 'tidak perlu berhenti' di jaringan ke-500 selepas mencapai bilangan tersebut dalam karier kelabnya.

Ibrahimovic melepasi 500 gol di peringkat kelab ketika Milan menang 4-0 ke atas Crotone dalam aksi Serie A, meningkatkan bilangan tersebut kepada 501 dengan dua jaringan buat kali keenam bagi musim ini semalam.

Pemain berusia 39 tahun itu membuka jaringan pada minit ke-30 sebelum menggandakan kedudukan dengan baki 26 minit di San Siro, di mana Ante Rebic turut bertindak sebagai pencetak jaringan bagi memastikan Milan kembali di puncak liga.



"Tiada apa-apa yang perlu ditambah. Kami hanya perlu mengucapkan tahniah kepadanya," kata Pioli.

"Ini pencapain yang sukar dipercayai tetapi kami bercakap tentang pemain nombor satu yang mutlak, dia merupakan sang juara. Saya hanya ingin mengucapkan tahniah kepadanya lagi dan menghantar mesej kepadanya.

"Dia tidak perlu berhenti di situ."
 

Hanya bersama Paris Saint-Germain (156) Ibrahimovic telah menjaringkan gol lebih dalam semua pertandingan, selepas merekodkan 83 untuk Milan sejak Januari tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video