SERIE A
Ibrahimovic samai rekod Ronaldo dalam lima liga utama Eropah ketika bantu kemenangan Milan
VENEZIA 0 AC MILAN 3
Zalatan Ibrahimovic menyamai rekod jaringan dalam lima liga utama Eropah sepanjang abad ke-21 yang dicipta Cristiano Ronaldo bulan lalu apabila menjaringkan gol ketika AC Milan menewaskan Venezia 3-0 dalam perlawanan Serie A di Stadio Pierluigi Penzo malam tadi.
Pemain veteran itu menyumbat masuk gol pembukaan pada minit kedua, sekali gus mengumpulkan lapan gol dalam saingan liga musim ini dan yang pertama bagi tahun 2022.
Iklan
Ia bermakna, Ibrahimovic kini telah menjaringkan gol ke atas 80 kelab berbeza dalam lima liga utama Eropah (Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, Serie A, LaLiga dan Ligue 1).
Sejak tahun 2000, satu-satunya pemain yang dapat melakukan perkara itu adalah Ronaldo, yang mencipta sejarah berkenaan ketika menjaringkan satu gol sewaktu Manchester United menewaskan Burnley 3-1 di Old Trafford pada 30 Disember lalu.
Ibrahimovic juga telah menjaringkan gol dalam setiap tahun sejak melakukan penampilan profesional pertamanya bersama Malmo di Sweden pada 1999.
Dalam aksi di Venezia itu, Theo Hernandez menemui sasaran dalam kedua-dua separuh masa untuk memastikan Milan kekal mencabar gelaran dengan kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga dan seteru setempat, Inter Milan.
80 - Venezia are the 80th different team against which Zlatan #Ibrahimovic has scored in the Big-5 European leagues: since 2000, the Swedish player became only the 2nd player to reach this milestone, after Cristiano Ronaldo (on December 30 v Burnley). Multiplicity.#VeneziaMilan pic.twitter.com/yUkJbAIxDH— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) January 9, 2022
Must-Watch Video