Skip to main content

Bola Sepak

Ibarat mimpi ngeri ...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adib-zainuddin-220717.jpg
Ketua pasukan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Adib Zainuddin, menyifatkan kekalahan 3-0 kepada Thailand sebagai mimpi ngeri sambil mengakui corak permainan berhati-hati menjadi punca kepada kekalahan besar mereka dalam aksi kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun, malam tadi. 

"Perlawanan ini bagaikan mimpi ngeri buat kami kerana gagal bertahan dengan baik. Ia menjadi pengajaran yang baik pada masa akan datang," kata tonggak pertahanan Felcra itu. 

Tambahnya lagi, sikap terlalu menghormati lawan adalah antara punca mereka gagal mengulangi aksi cemerlang ketika membelasah Indonesia dalam perlawanan pembukaan pada Rabu lalu. 

"Mungkin kami terlebih bersikap berhati-hati ketika bertahan dan gagal menampilkan aksi seperti biasa."

Sehubungan itu, biarpun perit menerima kekalahan kepada Thailand, Adib menyeru rakan sepasukannya agar kembali fokus terhadap baki perjuangan mereka dalam Kumpulan H apabila bakal bertemu Mongolia untuk aksi terakhir, esok. 

"Kami tidak boleh mensia-siakan peluang keemasan dalam pertemuan dengan Mongolia dan seterusnya layak ke pusingan akhir."

Pusingan akhir AFC B-23 akan berlangsung di China pada tahun depan dengan juara setiap kumpulan akan layak secara automatik dan akan diiringi lima pasukan naib juara terbaik.
 

Advertisement

Must Watch Video