Skip to main content

Bola Sepak

Ibarat kesedihan bertimpa-timpa di Aidilfitri -- Zainal Abidin Hassan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin-hassan.jpg
Ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri, legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan Ali, diselubungi kesedihan apabila kehilangan anak saudara tercinta, yang juga merupakan anak kepada bekas pemain kebangsaan, Hanifah Ali.

Ia ibarat kesedihan bertimpa-timpa selepas turut kehilangan abang tercinta, Khalid Ali, yang juga merupakan legenda bola sepak kebangsaan.

Anak saudaranya meninggal di pagi Hari Raya pertama, yang menyaksikan tiada sambutan seperti kebiasaan pada Isnin lalu.

"Luaran nampak bersenyuman tetapi di dalam hati, ada kesedihan di dalam keluarga," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kerana setahun lalu kami kehilangan abang dan di pagi subuh hari raya ini, kami kehilangan anak saudara.

"Jadi ia merupakan kesedihan buat keluarga kami bagi raya tahun lalu dan tahun ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video