Skip to main content

Bola Sepak

Ibarat ceri di atas kek -- Kane atasi rekod milik Pele

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kanee.jpg

Dua gol kapten England, Harry Kane, ketika menewaskan Albania 2-0 melengkapkan kemenangan kelapan pasukannya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di Arena Kombetare, awal pagi tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad The Three Lions itu mara ke Piala Dunia 2026 dengan mengumpul 24 mata maksimum daripada lapan perlawanan tanpa sebarang keputusan tewas dan seri.

Advertisement

Lebih manis lagi, dua gol bintang Bayern Munich berusia 32 tahu itu menyaksikan membolehan dia mencatatkan jaringan ke-78 peribadi buat negaranya selepas 112 perlawanan, sekali gus mengatasi rekod legenda Brazi, Pele, dengan 77 gol daripada 92 penampilan.

 


 

 

"Ia ibarat ceri di atas kek. Dia begitu komited dalam semua perkara yang kami lakukan. Dia sama seperti di Bayern Munich.

"Dia berada dalam keadaan pemikiran dan fizikal yang terbaik. Dia mencipta gol demi gol buat pasukan. Cara dia melakukan, mencari penyelesaian dalam permainan yang ofensif sangat luar biasa." kata jurulatih England, Thomas Tuchel.

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.


Grab Sekarang

Must Watch Video