Skip to main content

Bola Sepak

Ia sukar diterima -- Tuchel terkejut Chelsea diaib West Brom

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tuchelcropped_y5i6ymcvse2f12k4sgp5l9htj.jpg
Thomas Tuchel terkejut sambil berkata kekalahan 2-5 Chelsea kepada West Brom dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri malam tadi adalah "sukar diterima".

Tuchel melewati 14 perlawanan tanpa kalah sejak menggantikan Frank Lampard pada Januari lalu tetapi rekod  pengurus The Blues itu bertemu penghujungnya di Stamford Bridge.

Thiago Silva, yang baru pulih daripada kecederaan, dilayangkan kad merah pada mini ke-29 dalam perlawanan pertamanya selepas berehat selama dua bolan dan lawan di tangga kedua tercorot liga, Albion, memanfaatkan kelebihan mereka selepas Christian Pulisic membuka jaringan buat tuan rumah.

Matheus Pareira menjaringkan dua gol dalam waktu kecederaan babak pertama dan Callum Robinson juga menghasilkan jaringan berganda dalam babak kedua selain Mbaye Diagne turut menemui sasaran buat The Baggies.

Mason Mount pada satu ketika menjadikan kedudukan 2-4 tetapi Chelsea tidak dapat menembusi aksi kemas yang dipamerkan skuad kendalian Sam Allardyce itu dan berdepan kekalahan mengejutkan dalam usaha mereka mengekalkan tempat dalam kelompok empat teratas.

Chelsea melalui tujuh perlawanan tanpa dibolosi sebelum bertemu pasukan Allardyce itu dan Tuchel juga tidak dapat menjelaskan kekurangan pasukannya sehingga West Brom memperoleh kemenangan liga pertama di Stamford Bridge sejak 1978.
 
Pengurus berbangsa Jerman itu berkata kepada BBC: "Ia dua perlawanan, 11 lawan 11 dan kemudian 10 lawan 11. Tidak perlu dibolosi dengan lima gol apabila anda memiliki kualiti seperti kami, itu sudah pasti tetapi kami semua perlu bertanggungjawab, termasuk saya.

"Kami tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi, di mana ia merupakan satu kejutan memandangkan kami sedang mendahulu. Kami kebiasaannya cukup yakin untuk bertahan tetapi kami bermain dengan gopoh dan terus melakukan kesilapan besar. Kami dihukum hebat dan ia sukar diterima.

"Saya tidak nampak kad merah itu, saya nampak dua kesilapan besar di kawasan kami sebelum kad kuning itu. Ia bukan satu kebiasaan buat kami, kami agak berkarat. Kami melakukan kesilapan mudah dan dihukum. Ia memang kesilapan kami.

"Saya tidak nampak perubahan dalam babak kedua. Kami mencuba bermain lebih selamat dengan tiga pertahanan tetapi pergerakan kami tidak pernah lancar. Kami mempunyai beberapa peluang tetapi kami tidak bertahan dengan baik," katanya.

Kemenangan buat Albion itu bermakna Allardyce menjadi jurulatih pertama dalam sejarah EPL merekodkan kemenangan di laman Chelsea dengan tiga kelab berbeza selepas turut melakukannya ketika bersama Bolton Wanderers dan Crystal Palace.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video