SERIE A
Ia memerlukan lebih daripada ejekan untuk kekang Higuain
Stefano Sturaro berkata rakan sepasukannya di Juventus, Gonzalo Higuain, membuktikan kepada Napoli bahawa ia memerlukan lebih daripada sekadar ejekan peminat untuk menyekatnya.
Tonggak antarabangsa Argentina itu meledak dua gol di San Paolo semalam untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan 5-4 secara agregat dalam aksi separuh akhir Coppa Italia yang mendebarkan.
Higuain, yang dipancing ke Juve dengan nilai EUR90 juta Julai lalu, dicemuh hebat oleh penyokong tuan rumah dan sempat berbalah dengan peminat di tepi padang.
Iklan
Sturaro mengagumi cara Higuain berdepan dengan perhatian hebat seperti itu dengan melebarkan koleksi golnya kepada 25 dalam semua pertandingan musim ini.
"Gonzalo adalah pemain bertaraf dunia dan dia tidak perlukan kita untuk memberitahunya," kata Sturaro seperti yang dipetik oleh laman web rasmi Juve.
"Dia mempunyai skuad yang cemerlang untuk menyokongnya. Ia akan sentiasa memerlukan lebih daripada ejekan untuk menyekatnya."
Kemaraan Juve ke perlawanan akhir menghidupkan peluang mereka untuk meraih tiga gelaran musim ini, dengan skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu sedang memimpin Serie A dengan enam mata dan akan bersiap sedia untuk berdepan dengan Barcelona untuk aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Sturaro percaya pemain bertindak balas dengan sempurna ketika berdepan dengan agenda anti-Juve dalam media.
"Surat khabar, rangkaian sosial, televisyen -- sebagai pemain kami melihatnya semua," katanya. "Ia kelihatan seolah-olah semua orang mahu melihat Juventus kalah tetapi kami kembali pada setiap tahun dengan memenangi trofi.
"Tahun ini, kami berada dalam kedudukan memburu tiga gelaran lagi."
Must-Watch Video