Skip to main content

Bola Sepak

Hudson-Odoi sertai Bayer Leverkusen secara pinjaman daripada Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

callum-hudson-odoi.jpg
Penyerang Chelsea, Callum Hudson-Odoi, melengkapkan proses menyertai Bayer Leverkusen secara pinjaman semusim malam tadi.

Hudson-Odoi bergelut untuk mendapatkan minit permainan di Stamford Bridge sejak ketibaan Thomas Tuchel selaku ketua jurulatih pasukan itu pada Januari tahun lalu dan dia masih belum membuat sebarang penampilan sepanjang musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu telah beraksi sebanyak 126 kali bersama Chelsea dalam kesemua kejohanan sejak melakukan penampilan pertama pada 2018 -- dengan 37 penglibatan gol (16 jaringan dan 21 bantuan).

Bagaimanapun, pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkan bahawa mereka masih memiliki pilihan untuk memanggil semula pemain berkenaan pada Januari depan.

Bercakap dalam laman web rasmi kelab itu, Hudson-Odoi berkata: "Perpindahan ke Jerman benar-benar mengujakan saya dan saya boleh beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Bayer 04 Leverkusen.

"Kombinasinya benar-benar menarik dan saya berbesar hati untuk lebih mengenali kelab ini, penyokongnya dan Bundesliga.

"(Rakan sepasukan di Chelsea) Kai Havertz sentiasa bercakap perkara baik mengenainya kepada saya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video