Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi, dipanggil menyertai skuad England buat kali pertama menjelang kelayakan Euro 2020 berdepan Republik Czech dan Montenegro.
Pemain muda itu menyertai skuad bimbingan Gareth Southgate di St George's Park beberapa jam selepas berkunjung ke Bristol untuk bersama skuad B-21 tahun bersama pengendali, Aidy Boothroyd.
Hudson-Odoi menyertai skuad England selepas rakan sepasukannya di Chelsea, Ruben Loftus-Cheek, dan pemain Manchester City, Fabian Delph dan John Stones, menarik diri ekoran kecederaan.
Southgate menyenaraikan pemain tengah Southampton, James Ward-Prowse, semalam dan Hudson-Odoi berkemungkinan berpeluang untuk membuktikan bakatnya di pentas antarabangsa.
"Ia merupakan hari yang mengejutkan tetapi saya telah dipanggil menyertai skuad England dan sangat berbangga kerana terpilih," kata Hudson-Odoi.
"Ini merupakan satu pengalaman baru dan saya gembira kerana dapat menyertai skuad senior.
"Saya agak terkejut apabila Boothroyd memberitahu perkara ini. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan.
"Sekarang saya perlu bekerja keras dan menikmati setiap saat jika diberikan peluang beraksi serta mahu mencipta impak jika diberikan peluang."
Hudson-Odoi tidak pernah tampil dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi berjaya menarik perhatian juara Bundesliga, Bayern Munich, sejak Januari lalu.
England akan menerima kunjungan Republik Czech dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Wembley, Jumaat ini, sebelum berdepan Montenegro, Isnin depan.