CRYSTAL PALACE 2 HUDDERSFIELD TOWN 0
Huddersfield Town sah tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas tewas 0-2 kepada Crystal Palace di Selhurst Park, malam tadi.
The Terriers berdepan musim kedua dalam divisyen utama yang mengerikan.
Mereka tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan selepas tewas dengan gol penalti daripada Luka Milivojevic dan penyudah Patrick van Aanholt pada lewat permainan.
Penyingkiran itu turut disahkan dengan kejayaan Burnley menewaskan Wolverhampton Wanderers dan Southampton menundukkan Brighton and Hove Albion.
Keadaan itu menyaksikan mereka kini ketinggalan 19 mata daripada kedudukan selamat dan tidak mampu lagi untuk mengejarnya menjelang enam perlawanan terakhir musim ini.
Selepas layak ke Liga Perdana Inggeris menerusi penentuan play-off musim 2016-17, Huddersfield berjaya mengelakkan penyingkiran di bawah bimbingan David Wagner.
Bagaimanapun, mereka bergelut untuk mengekalkan prestasi itu musim ini dan jurulatih dari Jerman itu meninggalkan kelab itu pada Januari lalu dengan lapan mata di belakang kedudukan ke-17 liga.
Mereka hanya memenangi satu perlawanan di bawah kendalian Jan Siewert, yang sudah boleh mencari prospek baru bagi memperkuatkan pasukannya dalam Liga Kejuaraan musim depan.