Skip to main content

Bola Sepak

Huddersfield raih khidmat Puncheon secara pinjaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jasonpuncheon-cropped_1ddku4h7cxsv1bpnjlbymepr6.jpg
Huddersfield Town melengkapkan perpindahan pemain tengah Crystal Palace, Jason Puncheon, secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya melakukan lima penampilan buat Palace dalam saingan liga musim ini -- dan kesemuanya selaku pemain gantian -- sekali gus mahu memulakan karier semula di West Yorkshire.

Pengendali The Terriers, David Wagner, berharap Puncheon akan memberikan kreativiti kepada pasukannya susulan sekadar menyumbat 13 gol dan memerlukan 10 mata untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Kejuaraan.

Wagner memberitahu laman web rasmi kelab: "Saya sangat gembira apabila kami dapat membawa masuk Puncheon ke Huddersfield.

"Jelas sekali kami mahu menambah kualiti dan pilihan di bahagian tengah. Saya pasti peminat sedar tentang Puncheon berdasarkan pengalamannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Penting buat kami melakukan penambahan pemain yang mampu memberi impak kepada  pasukan dan saya pasti Puncheon boleh. Dia telah beraksi dalam liga tertinggi England hampir sedekad dan tahu bagaimana untuk berjaya.

"Selain seorang pemain yang bagus, dia juga memiliki perwatakan yang hebat. Dia telah mengetuai Palace dan seorang ketua di dalam bilik persalinan tatkala kami mahu menambahkannya.

"Puncheon kini cergas sepenuhnya selepas melalui pembedahan lutut akibat kecederaan musim lalu. Dia teruja untuk ke sini dan membuktikan masih mampu beraksi di peringkat tertinggi, jadi itu adalah berita baik buat kami.

"Saya sangat gembira untuk bekerjasama dengannya, membantu dia faham corak permainan kami."
 

Advertisement

Must Watch Video