Skip to main content

Bola Sepak

Hubungan Klopp-Salah kembali jernih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klopp.jpg
Jurgen Klopp berkata perbalahannya dengan Mohamed Salah telah diselesaikan sambil berasakan penyerang Liverpool itu tidak akan melancarkan desakan untuk mengikuti jejaknya menuju pintu keluar di penghujung musim ini.

Klopp dan Salah -- yang sedang bersedia dimasukkan sebagai pemain gantian -- bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.

Pengurus The Reds itu pantas meredakan insiden tersebut dalam sidang akhbar selepas perlawanan berkenaan tetapi Salah melakukan sebaliknya dengan memberitahu wartawan: "Jika saya bercakap, ia akan menjadi panas."

Bagaimanapun, Klopp mengulangi semalam bahawa dia menganggap perkara itu dengan berkata: "Ia telah diselesaikan sepenuhnya. Tiada masalah tercetus.

 

“Melainkan kami tidak mengenali satu sama lain maka saya tidak tahu bagaimana kami akan menghadapinya, tetapi kami sudah mengenali di antara satu sama lain sudah sekian lama dan kami menghormati di antara satu sama lain.

"Saya fikir kita mempunyai hak untuk bebas menangani perkara ini daripada sebarang anasir luar. Ia bukan cerita 
(untuk dijual). Secara umumnya, semua orang berada di tempat yang terbaik.

"Jika kami memenangi perlawanan dan menjaringkan banyak gol, maka situasinya tidak akan menjadi seperti ini kerana awal-awal lagi Mo tidak akan berada di bangku simpanan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video