Klopp dan Salah -- yang sedang bersedia dimasukkan sebagai pemain gantian -- bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Pengurus The Reds itu pantas meredakan insiden tersebut dalam sidang akhbar selepas perlawanan berkenaan tetapi Salah melakukan sebaliknya dengan memberitahu wartawan: "Jika saya bercakap, ia akan menjadi panas."
Bagaimanapun, Klopp mengulangi semalam bahawa dia menganggap perkara itu dengan berkata: "Ia telah diselesaikan sepenuhnya. Tiada masalah tercetus.
Boss ?⚽️ pic.twitter.com/jW8QqIln9O
— Liverpool FC (@LFC) May 2, 2024
“Melainkan kami tidak mengenali satu sama lain maka saya tidak tahu bagaimana kami akan menghadapinya, tetapi kami sudah mengenali di antara satu sama lain sudah sekian lama dan kami menghormati di antara satu sama lain.
"Saya fikir kita mempunyai hak untuk bebas menangani perkara ini daripada sebarang anasir luar. Ia bukan cerita
(untuk dijual). Secara umumnya, semua orang berada di tempat yang terbaik.
"Jika kami memenangi perlawanan dan menjaringkan banyak gol, maka situasinya tidak akan menjadi seperti ini kerana awal-awal lagi Mo tidak akan berada di bangku simpanan."