LIGA SUPER MSIA

Htet Aung bakal terlepas aksi bertemu Selangor?

21/05/2024 | 15:00 MYT
Hasrat pemain sayap Negeri Sembilan, Hein Htet Aung, untuk mengekalkan momentum jaringan dalam aksi Liga Super 2024/25 tampak terbantut apabila belum pasti diturunkan bertemu Selangor Ahad ini.
Ia mungkin berdasarkan statusnya sebagai pemain pinjaman Gergasi Merah ketika pemain kebangsaan Myanmar itu mempunyai motivasi terbaik untuk beraksi.
Htet Aung berjaya meledak gol ketika menentang juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim Sabtu lalu.
Ia membolehkan pemain berusia 23 tahun itu memahat nama sebagai antara pemain yang berjaya membolosi gawang skuad Harimau Selatan pada perlawanan pertama pasukan lawan.
"Gol bertemu JDT amat buat saya kerana kurang menghasilkan jaringan musim lalu," katanya menerusi Nadi Arena.
Bercakap mengenai rakan sepasukan dari Jepun, Takumi Sasaki, dia berkata, "Dia seorang pemain yang bagus, berkualiti dan berkemahiran tinggi daripada segi teknikal. Saya percaya dia akan terus meningkatkan mutu pasukan."
Htet Aung menghasilkan gol pada minit ke-28 namun pasukannya tewas 1-3.
Sememangnya, besar harapan buat Htet Aung untuk beraksi bertemu Selangor untuk melunaskan misi kutipan mata pertama pasukan musim ini.
#bola sepak #Negeri Sembilan #Hein Htet Aung