EPL
Hojlund yakin pelaburan Manchester United berbaloi
Rasmus Hojlund berkata dia kini dalam proses untuk membuktikan tanda harga yang dilaburkan ke atasnya berbaloi sambil menyasarkan perkembangan prestasi serta kejayaan Manchester United dalam 'derby' musim ini.
The Red Devils nyata terdesak mendapatkan seorang penyerang sejak sekian lama dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak memilih untuk memancing Harry Kane.
Keyakinan ditonjolkan United terhadap Hojlund menyaksikan mereka melunaskan bayaran awal sebanyak £64 juta (RM371j) kepada Atalanta ke atas khidmat seorang penyerang yang agak belum terbukti berkesan dengan perjanjian itu berpotensi mencecah sehingga £72j (RM417.4j).
Permulaan yang memberangsangkan pemain berusia 20 tahun itu membuktikan United membuat penilaian tepat terhadap potensi bakat mentah tersebut dan penyerang Denmark berkenaan sudah dapat menyesuaikan diri dengan tanda harganya.
"Saya tahu nilai diri saya," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya tahu saya perlu beraksi hebat setiap hari kerana saya bermain untuk Manchester United.
“Saya baru berusia 20 tahun dan saya masih ada ruang untuk berkembang.
"Masih banyak yang perlu saya diperbaiki dan lambat laun saya akan mencapai prestasi hebat.
“Saya rasa saya telah membuat permulaan yang baik pada musim ini dan kini kami perlu terus membina skuad ini dan gol EPL akan menyusul.”