Rasmus Hojlund berazam untuk berjuang mengukuhkan tempatnya di Manchester United pada musim akan datang di tengah-tengah spekulasi mengenai masa depannya.
United dilaporkan berada dalam pasaran untuk mendapatkan penyerang baharu dalam jendela perpindahan musim panas ini dengan laporan mengaitkan Benjamin Sesko daripada RB Leipzig akan direkrut.
Penyerang itu menyumbat 21 gol pada musim lalu, manakala United juga dikaitkan dengan penggempur Aston Villa, Ollie Watkins dan Nicolas Jackson, daripada Chelsea.
"Perancangan saya sangat jelas," katanya.
“Saya mahu kekal dan berjuang untuk merebut tempat saya biar apa pun yang berlaku.
"Persaingan bagus buat saya. Ia menajamkan saya. Saya lebih daripada bersedia. Saya berasa sentuhan menjadi maka saya mengalu-alukan segala cabaran yang datang.
“Apabila saya tiba, Anthony Martial masih ada tetapi dia mengalami banyak kecederaan, jadi saya diturunkan lebih kerap.
"Anda akan memberitahu saya bahawa saya tidak sepatutnya diturunkan tetapi saya mahu beraksi dalam setiap perlawanan. Tetapi saya boleh memberikan sumbangan terutama jika diturunkan dalam barisan utama.
"Saya masih sangat muda. Orang kadang-kadang lupa. Saya baru 22 tahun. Bukan setiap penyerang mampu menjaringkan 100 gol pada usia ini.
"Tetapi saya telah banyak belajar. Saya fikir anda boleh melihatnya dalam permainan. Saya mula berkembang dan menjadi lebih baik terhadap perkara asas.
"Musim lalu adalah sukar bagi kami semua. Saya sepatutnya melakukan yang lebih baik. Semua orang tahu. Tetapi ia juga perkara berpasukan. Kami akan menjadi lebih baik sekarang. Kami maju dengan cara yang betul dan menantikan cabaran yang akan datang."

2️⃣ wins in 2️⃣ at the #PLSummerSeries ?
— Manchester United (@ManUtd) July 31, 2025