Hodak: KL City dalam momentum terbaik

Ammar Hakim
April 18, 2023 17:01 MYT
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, mengakui pasukannya kini berada dalam momentum terbaik selepas tiga kemenangan berturut-turut yang diraih termasuk dalam saingan Piala FA baru-baru ini.
Bojan bagaimanapun menggesa anak buahnya berwaspada ancaman Kedah yang semestinya mahu bangkit selepas tewas besar ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) 6-0, 9 April lalu.

???’? ??? ???? ????, ???? ???? ❤️?#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/Bb7NGgZaGW

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, berdepan Kedah di Stadium Darul Aman bukanlah sesuatu yang mudah ditambah Sang Kenari bakal diperkuatkan dengan sorakan padu penyokong Hijau Kuning.
Hadir ke Alor Setar tanpa beberapa tonggak utama antaranya, penjaga gol, Kevin Mendoza serta tonggak tengah berpengaruh, Akram Mahinan yang masih dalam senarai kecederaan, Bojan tetap percaya barisan pemain sedia ada mampu mengisi kekosongan tersebut.
Bojan turut berharap konsistensi skuad warga kota mampu diteruskan dalam usaha mereka untuk memperbaiki kedudukan pasukan di kelompok pertengahan liga.
#liga super #Kedah Darul Aman #KL City FC #KDA #DemiLigaKita
;