Skip to main content

Bola Sepak

Hodak: Kevin Mendoza pilihan terbaik Kuala Lumpur United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kevin-mendoza.jpg

Pemain kacukan Denmark-Filipina, Kevin Mendoza, yang sebelum ini beraksi bersama kelab Vendsyssel FF dalam divisyen 2 Denmark difahamkan melengkapi senarai pemain import Kuala Lumpur United FC (KLUFC) musim 2021. 

Menurut ketua jurulatih, Bojan Hodak, pengalaman penjaga gol berusia 26 tahun itu menjadi motif utama pengambilannya untuk bersama empat lagi pemain, Zamir Selamat, Azeem Al Ameen, Khatul Anuar Jalil dan Julian Bechler. 

"Kemuncak prestasi seorang penjaga gol adalah ketika mencecah umur 30 tahun. 

"Dia akan lebih memperkasakan kami dan memberikan Zamir tekanan selain mencabar kedudukannya kerana saya beranggapan Zamir agak selesa (sebelum ini).

"Dia merupakan pilihan utama kami dan kadang kala ia boleh mengundangnya berasa terlalu selesa. 

"Langkah ini akan memberikan kestabilan di setiap posisi pasukan," katanya ketika ditemu bual dalam Nadi Weekend hari ini. 



 

“ Watch This Space “ ? #sampaimatikualalumpur #smkl #kltid #kualalumpur #klfa #klhawks #ligasuper2021 #mfl #klu #klunited

Posted by Kuala Lumpur United on Sunday, January 31, 2021


Perjalanan skuad Lembah Klang bagi memastikan mereka kekal dalam Liga Super dilihat ada sinar dengan percaturan Hodak, sekali gus dia berasakan kehadiran kevin bakal mewujudkan persaingan sihat khasnya buat posisi penjaga gol. 

"Posisi ini agak berbeza dan apabila salah seorang daripada mereka jatuh sakit, tercedera atau mengutip kad merah, maka penjaga gol keempat boleh diturunkan. 

"Ia boleh berlaku kepada Khatul (Anuar), Zamir dan penjaga gol muda."

Mendoza bukan keseorangan sebagai penjaga gol import musim ini dalam Liga Super memandangkan UiTM FC menggunakan khidmat Dominic Picak dari Croatia.
 

Advertisement

 

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video