Bukan lagi rahsia punca KL City FC gagal kekal konsisten susulan penyerang prolifik dan pemain terbaik The City Boys musim lalu, Romel Morales yang jauh daripada bayang bayang prestasi terbaiknya.
575 minit permainan jadi tempoh kali terakhir penyerang KL City menjaringkan gol -- ketika kemenangan ke atas Penang FC Mei lalu -- hasil jaringan Morales.
Enam perlawanan berlalu, rentetan itu berterusan dengan gandingan Jordan Mintah dan Morales gagal menemui belakang jaring Kalamullah Al-Hafiz namun Bojan Hodak melabel situasi itu di luar bidang kuasanya.
“Kita kehilangan enam orang pemain dalam satu masa.”
“Jadi kita turunkan pemain sedia ada jadi sebab itulah ada perubahan pada posisi tertentu.”
“Jadi sebab itulah hari ini kita dapat lihat para pemain yang tidak pernah beraksi turun kerana hanya ini yang kita ada.
"Saya berasakan ia adalah keputusan yang adil. Pasukan lawan turut menampilkan permainan yang terbaik sepanjang perlawanan."
Di kem PJ City, P. Maniam, terus berdegil dengan pendekatan bertahan pasukannya malah bekas pengendali Selangor itu berasakan itu cara terbaik untuk PJ City kekal relevan.
"Setiap pemain sudah menyesuaikan diri dan mereka sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan sepanjang perlawanan bagi memastikan objetif pasukan dapat dicapai," kata Maniam.