Skip to main content

Bola Sepak

Higuain direhatkan bagi aksi bertemu Chievo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

higuain_1.jpg
Juventus bakal merehatkan penyerang, Gonzalo Higuain, dalam pertemuan dengan Chievo untuk memberikan tumpuan kepada saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Barcelona.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri itu menerima kunjungan Chievo dalam aksi Serie A hari ini, tiga hari sebelum mereka bertemu Barca bagi aksi suku akhir pertama UCL.

Higuain meledak dua gol ketika membantu Juve dalam aksi final Coppa Italia dan bakal berehat, membenarkan peluang buat Paulo Dybala mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penyerang Napoli itu.

"Mario Mandzukic tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan. Dybala akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Higuain," kata Allegri.

"Dybala adalah pemain yang rajin. Dia mampu berlari 12 kilometer dalam setiap perlawanan. Saya percaya dia mampu menghasilkan sesuatu dalam perlawanan ini."

Dalam pada itu, Allegri, yang dilaporkan menjadi sasaran utama Arsenal dan Barcelona, sekali lagi menegaskan bahawa komitmen beliau adalah kepada Juve.

"Saya tidak memikirkan mengenai masa depan saya, perkara yang penting adalah saingan buat musim ini.

"Saya akan kekal bersama pasukan kerana saya memiliki kontrak sehingga 2018."

Advertisement

Must Watch Video